Deadline for Penalty Waiver on Employment Contracts (2025)

Deadline for Penalty Waiver on Employment Contracts (2025)

Employment contracts executed between Jan 1, 2025, and Dec 31, 2025, must be stamped (RM10 duty) on or before Dec 31, 2025, to receive a waiver of the late stamping penalty.

6 Jun 2025 – Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri Duti Setem (STSDS) yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Januari 2026. Selaras dengan keputusan ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah mengeluarkan Rangka Kerja Audit Duti Setem (RKADS) pada 1 Januari 2025 bagi menerangkan pelaksanaan audit duti setem secara menyeluruh. Susulan itu, aktiviti audit duti setem telah dimulakan di seluruh negara oleh HASiL.

Melalui aktiviti audit duti setem serta operasi pematuhan yang dilaksanakan, antara penemuan utama oleh pihak HASiL adalah dokumen kontrak penggajian di antara majikan dan pekerja yang tidak disetemkan mengikut item 4, Jadual Pertama, Akta Setem 1949 yang mana duti setem yang ditetapkan adalah RM10.00.

Dengan mengambil kira jumlah dokumen kontrak penggajian yang terlibat adalah tinggi dan isu ini merupakan penemuan audit baharu serta untuk mengurangkan beban majikan, Kementerian Kewangan telah membuat keputusan seperti berikut:

Semua majikan dikehendaki menyemak dan mengemas kini semua dokumen kontrak penggajian yang telah dan akan ditandatangani untuk memastikan pematuhan terhadap keperluan penyeteman di bawah Akta Setem 1949. Sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:

Official Source: LHDN